Wikipedia

Search results

Wednesday 8 July 2015

The Illness



When will this pain go?
I'm suffered from this hurt long time ago till today.
I've struggled with that so much.
Till I took an overdose dosage of medicine.
I can't breathe.
Mucus filling my throat.
And now I'm fear of that meds.

Historical Places In Malaysia




























Saturday 4 July 2015

SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT


SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT



Mata yang kian berkaca, seperti jernihnya titisan hujan yang turun di senja itu, garisan putih di atas jalan raya semakin pudar. Aku perlu berhenti, aku harus berhenti. Em, lega rasanya. Dunia seakan aman seketika bila deruman enjin motosikalku berhenti. Aku tadahkan wajahku ke ufuk barat, merenung lembayung senja seolah-olah itu senja terakhirku. Dalam hatiku, jiwaku, mindaku, tak berhenti-henti memberontak, membentak, menjerit. Amarah yang tidak terbendung, juga tidak terluah. Siapa harus ku salahkan? Takdir? Allah? Nauzubillah.
       Semenjak mak dan ayah pergi menemui Allah, sepi rasanya hidup ini. Ah... aku tetap akan teruskan hidup ini. “Faz, abang dah balik ini”, ujar ku. “Abang......”, Fazrael terus menundukkan kepalanya. “Apasal ni? Apa yang dah berlaku?” tanyaku ingin mendapatkan kebenaran. “Faz jumpa loan shark, Faz pinjam dengan dia 2000 ribu lepas tu.........” “Gila ke! Nak mampus ke pinjam ngan loan shark tu. Sapa nak bayar 2000 ribu. Mana ada duit banyak tu!” jerkah aku pada Fazrael. Aku menampar wajah Fazrael. Fazrael terdiam. Memang sudah banyak kali dia ditampar dan dimarahi oleh aku. Semuanya kerana dia terlibat dengan kegiatan yang tidak elok iaitu gangster. “Kenapa kau ni, Fazrael?! Dah tak de orang lain lagi ke kau nak pinjam duit?! Yang kau pinjam dengan loan shark tu kenapa?!” jeritku sambil menggoncangkan tubuh Fazrael. “Bang, Faz dah terdesak…” Fazrael tunduk. “Kau…selesai sendiri!!” aku terus beredar dari situ. Kalau ditunggu lagi, aku pasti akan membelasah sendiri Fazrael yang degil itu. Belajar malas, buat kerja gila. Aku dahlah penat kerja cari duit untuk dia. Fazrael terduduk. Tiba-tiba, telefon rumahku berdering. Fazrael telan liur. Sekarang, dia memang takut kalau bunyi telefon. Takut kalau pemiutang yang menelefonnya. Memang Fazrael gila! Kenapa dia pergi pinjam dengan loan shark?! “Woi! Angkat telefon tu?!” jeritku. “Helo?” “Hei, Fazrael!! Hutang kau RM2000 tu bila nak bayar hah?!” Sah! Memang dia yang telefon. Lutut Fazrael menggigil. Dia terduduk. Peluh memercik di dahi. Fazrael menguakkan rambutnya. “Hoi pekak! Duit aku RM2000 tu bila nak bayar? Kau nak mampus ke hah?!” tengking lelaki itu lagi. “Taiko, berilah saya masa dua hari lagi. Tolonglah. Saya janji saya akan cari duit untuk bayar…” “Kau memang banyak alasan! Esok aku nak duit aku! Kalau tak kau mampus!” KLIK! ”Alamak, mampus aku kali ni” Fazrael tunduk. “Tidak! Apa yang perlu aku buat?” Fazrael menangis. Aku hanya merenung kosong ke arah Fazrael. Nahas tak diundang dia yang cari. Menyusahkan orang. Baik aku masuk bilik tidur.
       Aku merenung ke siling. Siapa yang patut dipersalahkan. Aku ke? Aku yang tak latih dia sampai jadi macam ni. Macam mana nie esok loan shark tu datang.
Aku menunggang motosikal beredar dari workshop. Letih juga jadi mekanik ni. Setibanya aku di hadapan rumahku, aku ternampak sebuah kereta Porche merah park kat depan rumahku. Aku terus bergegas masuk ke rumah.”Abang!!!!” satu suara yang sudah biasa kudengari tetapi kali ni dengan nada cemas. . Dua orang lelaki sedang membelasah Fazrael dengan teruk sekali. Boleh dikatakan seramai 10 orang lelaki di situ. “Jangan! Jangan pukul adik aku lagi!” Fazu memeluk Fazrael yang berlumuran darah. “Tolonglah, dia masih belajar…” “Kau siapa?” tanya seorang lelaki yang berwajah serius. Fazu mengerling ke arahnya. Wajah lelaki yang serius tadi bertukar. “Aku kakak dia!” “Kak, Faz mintak maaf…” Fazrael terbatuk kecil. Fazu hanya merenung wajah adiknya. Lelaki tadi mengarahkan konco-konconya agar tidak berbuat apa-apa. Dia mendekati Fazu dan duduk berhadapan dengan Fazu. “Kau tahu tak adik kau berhutang dengan aku sebanyak RM2000?!” “Aku tahu.” “Inilah padah dia kalau dia tak boleh bayar. Jangan pinjam kalau tak reti bayar!” kata lelaki itu. “Kau bagi masa sebulan lagi. Nanti dia bayar.” Pinta Fazu. Lelaki itu diam. Dia menatap wajah Fazu yang ayu itu. “Seminggu.” “Dua minggu?” pinta Fazu lagi. “Tak boleh. Dia dah lama berhutang dengan aku!” Fazu tunduk memandang adiknya. Fazrael memejam mata. Apa harus aku buat? Seminggu? Mana aku nak cari duit tu? Aku sendiri pun tak de duit. “Seminggu kemudian aku akan datang balik. Geng!” Lelaki itu terus beredar meninggalkan Fazu dan adiknya. “Seminggu…”

“Kak, Fazrael mintak maaf kak.” “Kau diamlah! Aku dah bosan hidup macam ni. Asyik risaukan kau aja. Diri aku ni sapa pulak nak risau?!” Fazu menutup TV. “Kau tahu tak, hari ni diorang nak datang! Mana aku ada RM2000?!” “Kak…” Fazrael tunduk. Hati Fazu berdebar-debar apabila terdengar bunyi deruman kereta. Diorang dah datang! Fazu menjenguk melalui tingkap. Eh? Cuma ada kereta Porsche. “Porsche sapa pulak ni..” Fazrael telan air liur. Fazrael membuka pintu rumahnya. Dia tidak berani untuk mendekati kereta itu. Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki keluar dari kereta itu. Lelaki itu berjalan masuk ke dalam rumah Fazreal dan berdiri betul-betul di hadapan Fazrael. "Mana Duit aku?" tanya lelaki itu. "Hari itu kau janji sebulankan?" Fazrael cuba menghelah. "kau jangan ingat aku ni bodoh"jawab lelaki itu. kau ingat aku ni budak-budak kecik yang kau senang-senang nak tipu"jawab lelaki itu lagi. aku betul-betul buntu dengan apa yang terjadi sekarang. "tolong beri kami masa lagi sebulan,buat masa sekarang ni ini saja yang aku ada" "baik,aku bagi kau masa lagi dan selama sebulan tu bunga akan naik,macam mana setuju" "dan kalau dalam masa sebulan kaw masih tak mampu nak jelaskan hutang kau termasuk dengan bunganya sekali kaw akan aku BUNUH paham"jawab leleki itu. aku tak tahu kemana aku mahu mencari duit yang banyak dalam tempoh sebulan.fikiran aku betul-betul buntu.siang malam aku bekerja keras dan sanggup mengikat perut semata-mata untuk membayar hutang tersebut,selain itu aku memohon pinjaman dari bank.setiap hari aku pergi ke bank untuk bertanyakan tentang permohanan aku tetapi aku merasa hampa staff dibank tersebut seperti tidak mengendahkan permohonan aku. "faz kakak mahu kau pergi jauh dari sini,kakak masih belum dapat mengumpul duit tu,kau lari la sejauh mana yang boleh"kataku pada suatu petang "tapi macam mana dengan kakak,faz takkan tinggalkan kakak faz da banyak menyusahkan kakak"jawab faz "pasal kakak faz tak payah la risau,tapi lepas ni kakak mahu faz berubah dan takkan wat hal lagi,kita cuma sebatang kara disini"kataku aku menarik nafas yg panjang sebelum meneruskanya "kalau jadi apa-apa kakak mahu kamu hidup berdikari dan janji dengan kakak yang kau takkan menyusahkan orang lagi"kataku lagi. "faz betul-betul menyesal atas apa yang faz lakukan tapi semuanya dah terlambat". 

Edited By : Nur Shamimi Bt Ariffin
SMK Dato' Perdana

Cerpen Satu Impian

                                                .NUR SHAMIMI BT ARIFFIN
2 AKED  (2013)

CERPEN:
                 SATU IMPIAN


“Adik, bangun! bangun!” suara itu masuk ke dalam anak telingaku. Rupa-rupanya itu suara mak  yang mengejutkan aku. Aku pun tersedar daripada mimpiku dan memandang ke arah jam locengku. Jam tersebut menunjukkan jarumnya pada 6.00 tepat. Walaupun diselubungi rasa mengantuk, aku tetap bingkas bangun dan terus mencapai tualaku yang lusuh warnanya. Setalah mandi, aku menyarungkan uniform sekolah yang serba lusuh. Kemudian, aku mengambil sarapan yang telah siap ibu hidangkan di atas meja. Ayahku turut bersarapan bersamaku dan ibuku. Selepas bersarapan, aku mengambil dan menyarungkan sepasang kasut sekolah yang sudah koyak rabak. Lalu, aku merenggut beg sekolahku yang terkoyak sedikit. Ibuku menghulurkan sedikit wang saku kepadaku dan aku terus bersalam dan mengucup pipinya. Aku juga berjabat tangan dengan ayahku sebelum meninggalkan rumah.
        Aku lantas berjalan kaki ke sekolah. Semasa di dalam kelas, aku sentiasa menumpukan perhatian dengan sepenuhnya terhadap apa yang diajar olah guruku. Apa sahaja yang tidak aku fahami akan aku bertanya terus kepada guruku agar ilmu sentiasa lekat di dada. Selepas pulang dari sekolah, aku membasahkan tubuhku dan mengambil air sembahyang untuk solat zohor. Selepas itu, aku terus membuka zip beg sekolahku untuk menyiapkan kerja rumah dan mentelaah semula apa yang diajar di dalam kelas agar tidak lupa.
       “Adik, adik! Marilah makan nasi dulu,” Kedengaran suara ibuku memanggilku dari perut dapur.
      “Marilah dik, nanti perut akan masuk angin kalau lambat makan.” Sampuk ayahku.                                                                                                                
       “Kejap mak, ayah, adik tengah siapkan kerja rumah sedikit ni. Ayah dan ibu makanlah dulu, nanti adik makanlah. Jawabku dengan lembut. Sebenarnya, aku tidak akan makan selagi kerja rumahku belum siap kerana bagiku kerja rumah lebih penting, aku sanggup lapar asalkan kerja rumahku siap. Lagipun, aku hanya boleh belajar pada siang hari sahaja kerana rumahku tiada bekalan elektrik. Jika terdapat banyak sangat kerja rumah, aku terpaksa menyiapkannya dalam keadaan samar- samar kerana hanya berbekalkan cahaya pelita ayam. Begitulah sehari- hari hidupku.

         Aku berasa sangat bertuah dan gembira kerana mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang dan mengambil berat terhadap pelajaranku. Ibuku selalu bertanyakan tentang pelajaranku dan sering berdiskusi tentang masa hadapan aku. Ibu bapaku meletakkan harapan yang sangat tinggi kepadaku kerana hanya akulah satu- satunya anak tunggal mereka. Oleh sebab itu, aku perlu berusaha bersungguh- sungguh demi memenuhi harapan kedua ibu bapaku.
**************
        Hari demi hari, masa semakin pantas berlalu dan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang bakal aku duduki tinggal lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi. Masa seolah- olah berlari jadi aku harus sentiasa mengejar masa dengan belajar dan belajar supaya tidak kecundang dalam peperiksaan nanti. Dorongan dan sokongan yang ibu bapaku dan guru- guruku beri telah membuatkan aku kental dan menaikkan semangat dan motivasi kepada diriku agar berkeyakinan dan bersemangat untuk menghadapi cabaran yang agak besar.
       Selang seminggu kemudian, tibalah hari yang amat digeruni oleh semua calon SPM, termasuklah aku. Pada pagi yang hening itu, aku bersiap- siap untuk ke sekolah tetapi sempat mengambil sarapan dahulu bersama mak dan ayahku agar perut kenyang dan selesa untuk menjawab soalan peperiksaan. Sebelum bertolak ke sekolah, ibuku membaca doa dan menghembuskannya ke ubun- ubunku supaya hati dan mindaku tenang untuk menjawab soalan nanti.
    “Buat yang terbaik nak, ingat mak dan ayah yang sentiasa mengharapkan sebuah kejayaan daripadamu,” Pesan ibuku dengan penuh harapan.
   
     “Jawab dengan baik ya dik.” Ayahku turut berpesan.
     “Insyaallah, mak, ayah, adik pun tak mahu buat mak dan ayah kecewa. Mak dan ayah doakanlah untuk adik sepanjang adik sedang menjawab soalan peperiksaan.” Balasku.
         
      “Insyaallah, mak dan ayah akan doakan.” Jawab mak dan ayahku sambil tersenyum. Aku pun bersalam dengan mereka dan mencium pipi mereka.
         
       Tiba sahaja aku di sekolah, aku terus memasuki dewan peperiksaan dengan penuh tenang dan membaca basmalah serta memberi salam. Selepas itu, aku menjawab kesemua soalan yang diajukan di dalam kertas soalan dengan baik dan tenang.
         “Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menjawab semua soalan dengan penuh berkeyakinan. Terima kasih ya Allah.” Bisikku kepada Allah.
     
************
       Sedar atau tidak, masa begitu pantas berlalu. Akhirnya aku berjaya menamatkan peperiksaan SPM yang hampir sebulan berlangsung.
        
       Sebagai mengisi kelapangan selepas peperiksaan dan sambil menunggu keputusan SPM. Aku membuat keputusan untuk bekerja sambilan di pusat membeli belah yang terletak agak jauh dari rumahku. Hasil pendapatan yang aku perolehi, akanku simpan untuk memasuki kelas memandu. Setiap pagi, aku berpakaian uniform lengkap pergi bekerja dengan membonceng motosikal bersama temanku yang juga bekerja di tempat yang sama. Setelah cukup wang untuk belajar memandu, aku berhenti bekerja dan pergi ke kelas memandu bagi mendapatkan lesen memandu.
             Tiga bulan berlalu, nampaknya hari yang ditunggu- tunggu sudah pun tiba. Pada hari inilah aku akan mengetahui keputusan peperiksaan SPM. Aku dan ibu bapaku berjalan kaki ke sekolah untuk mendengar keputusan SPM yang bakal diumumkan. Hatiku sangat berdebar- debar pada saat menunggu namaku dipanggil. Tetapi bibirku tidak lekang untuk berdoa kepada Allah. Ibuku turut mendoakan aku supaya mendapat keputusan yang cemerlang.
         Beberapa minit kemudian, seorang guru lelaki yang berkemeja dan bertali leher segak bergaya menyampaikan keputusan SPM dan beliau menyebut namaku.
           “Nur Shamimi Binti Ariffin, 12 A tambah.”  
Terkejut sekali apabila mendengar ungkapan yang begitu berharga itu. Aku mengangkat kaki melangkah ke hadapan untuk mengambil slip keputusan itu. Guru- guruku yang berada di situ melontarkan ucapan syabas dan tahniah kepadaku. Aku kemudian bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada mereka atas ilmu yang telah mereka curahkan kepadaku selama ini.

       Selesai sahaja mengambil slip itu, kelopak mataku terus berlinangan air mata dan disertai olah tangisan ibuku.
       
        “Adik, mak sangat bangga dan gembira dengan kejayaanmu ini. Ibu tahu dan yakin yang adik boleh buat kerana adik anak yang bijak dan rajin.” Jawab ibuku sambil menitiskan air mata.
     
      “Tidak mak, kejayaan ini tidak akan adik capai tanpa sokongan, dorongan, perhatian dan doa daripada mak dan ayah. Terima kasih mak, ayah. Adik sangat bersyukur kerana mempunyai mak dan ayah yang sangat baik sekali.” Hamburku.
    
      “Tak apa nak.” Jawab ayahku sambil mengusap belakangku.
Aku pulang ke rumah dengan hati yang cukup gembira dan lega.
**************
      Setelah mendapat keputusan SPM, aku pula sibuk memikirkan tentang universiti ataupun kolej untukku melanjutkan pelajaran. Kelam- kabut aku dan rakan- rakanku mengisi borang untuk memohon mana- mana universiti dan Institut Pengajian Tinggi.
      Setelah lama menunggu keputusan daripada pihak universiti, akhirnya aku mendapat tawaran untuk ke University Of Oxford di London. Aku amat bersyukur sekali kerana mendapat universiti yang cenderung ke arah perubatan dan kedoktoran kerana aku ingin menjadi seorang doktor pakar bedah. Apatah lagi, universiti ini terletak di luar negara dan ia merupakan negara idamanku.
        Walaubagaimanapun, ibu bapaku tidak bersetuju dengan pilihan aku untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana aku seorang anak tunggal jadi mereka terlalu menyayangi aku. Oleh itu, mereka tidak mahu melepaskan tangan ke tempat orang dengan mudah. Mereka hanya ingin aku melanjutkan pelajaran ke negeri- negeri di dalam Malaysia sahaja kerana senang untuk pulang ketika cuti semester. Walaupun begitu, aku tetap dengan keputusanku untuk ke luar negara kerana itu merupakan impianku sejak di bangku sekolah rendah lagi.
      Setelah ibu dan bapaku berfikir panjang, akhirnya mereka bersetuju dan membenarkan aku untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mereka terdetik hati, mungkin ini yang terbaik untuk aku dan mereka sendiri.
*************
        Tidak lama kemudian, aku mempersiapkan diri untuk melapor diri di University Of Oxford, London. Aku menggalas beg yang besar dan menggenggam tangkai beg usang disisiku. Aku melangkah masuk ke dalam kereta bersama mak dan ayahku untuk menghantarku ke lapangan terbang.
       Sampai sahaja kami di sana, mak dan ayah tidak putus- putus memberi pesanan kepdaku.
    
       “Jaga diri baik- baik ya dik,” Pesan ibuku dengan suara yang terputus- putus.
     
       “Pandai- pandailah adik jaga diri kat tempat orang tu,” giliran ayahku pula mengingatkan aku.
     
       “Baik mak, ayah, segala pesan mak dan ayah akan adik ingat sampai bila- bila.” Hamburku.

       Nampaknya kapal terbang yang akan aku naiki sudah pun tiba. Aku bersalaman dan mencium mereka sebanyak yang mungkin sambil menitiskan air mata. Ibuku juga terlalu sebak sehinggakan mengalir air mata. Manakan tidak sebak melihat anak tunggalnya yang tidak pernah berenggang dengannya sebelum ini dan sekarang ingin belajar ke luar negara.
        “Jangan risau mak, sampai sahaja adik di sana, terus adik akan menelefon mak. Adik janji akan menelefon setiap hari kat mak dan ayah agar dapat menghilangkan rindu di hati.” Bicaraku untuk menenangkan ibuku.
         “Baiklah dik.” Ujar ibuku dengan tangisan yang tidak berhenti- henti. Seterusnya, aku memasuki ke dalam perut kapal terbang dan melambai- lambai ke arah mak dan ayahku.


***********

        Tahun ke tahun begitu cepat berlalu, aku kini sudahpun bekerja di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur. Setiap bulan, aku akan memasukkan ribuan wang ke dalam akaun ibuku untuk perbelanjaan seharian mak dan ayah. Ini juga sebagai tanda untuk membalas jasa mereka.

     Ibu dan bapaku juga sedar inilah balasan kepada mereka yang telah membenarkan aku untuk belajar di luar negara. Kini, kehidupan ibu dan bapaku bertambah bahagia dan senang.









           

Wednesday 1 July 2015

My Favorite Teacher

hey, everyone who is ever schooling of course must has at least one favorite teacher. why? because teacher is best considered as an idol or roll model. As am I, i have several favorite teacher of mine. One is Teacher Norma Bt. Abd Kadir who is teaching me History subject when I was at SMK Dato' Perdana last two years ago. she is a very committed and dedicated teacher i ever found in my school life. she is generous, kind and the thing that made me adore of her is, she is a joker. she loves to create funny jokes while teaching in class. last year she had teach me in Pendidikan Sivik & Kewargaanegaraan and if i were still schooling there, she will teach me in History subject which i loved her teaching so much. she will also insert a funny joke in every teaching to attract all of her students who sleepy and boring with hers. she is a well-looked teacher who dressed up nice attire daily. if only i still had study in my fore school, i'll meet and study with my all teachers who i really love. i'm sorry i have to stop right now writing this memorial words for my school and teacher.
Thank You Teacher!!! I Love You. I won't forget you.