Wikipedia

Search results

Saturday 4 July 2015

Cerpen Satu Impian

                                                .NUR SHAMIMI BT ARIFFIN
2 AKED  (2013)

CERPEN:
                 SATU IMPIAN


“Adik, bangun! bangun!” suara itu masuk ke dalam anak telingaku. Rupa-rupanya itu suara mak  yang mengejutkan aku. Aku pun tersedar daripada mimpiku dan memandang ke arah jam locengku. Jam tersebut menunjukkan jarumnya pada 6.00 tepat. Walaupun diselubungi rasa mengantuk, aku tetap bingkas bangun dan terus mencapai tualaku yang lusuh warnanya. Setalah mandi, aku menyarungkan uniform sekolah yang serba lusuh. Kemudian, aku mengambil sarapan yang telah siap ibu hidangkan di atas meja. Ayahku turut bersarapan bersamaku dan ibuku. Selepas bersarapan, aku mengambil dan menyarungkan sepasang kasut sekolah yang sudah koyak rabak. Lalu, aku merenggut beg sekolahku yang terkoyak sedikit. Ibuku menghulurkan sedikit wang saku kepadaku dan aku terus bersalam dan mengucup pipinya. Aku juga berjabat tangan dengan ayahku sebelum meninggalkan rumah.
        Aku lantas berjalan kaki ke sekolah. Semasa di dalam kelas, aku sentiasa menumpukan perhatian dengan sepenuhnya terhadap apa yang diajar olah guruku. Apa sahaja yang tidak aku fahami akan aku bertanya terus kepada guruku agar ilmu sentiasa lekat di dada. Selepas pulang dari sekolah, aku membasahkan tubuhku dan mengambil air sembahyang untuk solat zohor. Selepas itu, aku terus membuka zip beg sekolahku untuk menyiapkan kerja rumah dan mentelaah semula apa yang diajar di dalam kelas agar tidak lupa.
       “Adik, adik! Marilah makan nasi dulu,” Kedengaran suara ibuku memanggilku dari perut dapur.
      “Marilah dik, nanti perut akan masuk angin kalau lambat makan.” Sampuk ayahku.                                                                                                                
       “Kejap mak, ayah, adik tengah siapkan kerja rumah sedikit ni. Ayah dan ibu makanlah dulu, nanti adik makanlah. Jawabku dengan lembut. Sebenarnya, aku tidak akan makan selagi kerja rumahku belum siap kerana bagiku kerja rumah lebih penting, aku sanggup lapar asalkan kerja rumahku siap. Lagipun, aku hanya boleh belajar pada siang hari sahaja kerana rumahku tiada bekalan elektrik. Jika terdapat banyak sangat kerja rumah, aku terpaksa menyiapkannya dalam keadaan samar- samar kerana hanya berbekalkan cahaya pelita ayam. Begitulah sehari- hari hidupku.

         Aku berasa sangat bertuah dan gembira kerana mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang dan mengambil berat terhadap pelajaranku. Ibuku selalu bertanyakan tentang pelajaranku dan sering berdiskusi tentang masa hadapan aku. Ibu bapaku meletakkan harapan yang sangat tinggi kepadaku kerana hanya akulah satu- satunya anak tunggal mereka. Oleh sebab itu, aku perlu berusaha bersungguh- sungguh demi memenuhi harapan kedua ibu bapaku.
**************
        Hari demi hari, masa semakin pantas berlalu dan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang bakal aku duduki tinggal lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi. Masa seolah- olah berlari jadi aku harus sentiasa mengejar masa dengan belajar dan belajar supaya tidak kecundang dalam peperiksaan nanti. Dorongan dan sokongan yang ibu bapaku dan guru- guruku beri telah membuatkan aku kental dan menaikkan semangat dan motivasi kepada diriku agar berkeyakinan dan bersemangat untuk menghadapi cabaran yang agak besar.
       Selang seminggu kemudian, tibalah hari yang amat digeruni oleh semua calon SPM, termasuklah aku. Pada pagi yang hening itu, aku bersiap- siap untuk ke sekolah tetapi sempat mengambil sarapan dahulu bersama mak dan ayahku agar perut kenyang dan selesa untuk menjawab soalan peperiksaan. Sebelum bertolak ke sekolah, ibuku membaca doa dan menghembuskannya ke ubun- ubunku supaya hati dan mindaku tenang untuk menjawab soalan nanti.
    “Buat yang terbaik nak, ingat mak dan ayah yang sentiasa mengharapkan sebuah kejayaan daripadamu,” Pesan ibuku dengan penuh harapan.
   
     “Jawab dengan baik ya dik.” Ayahku turut berpesan.
     “Insyaallah, mak, ayah, adik pun tak mahu buat mak dan ayah kecewa. Mak dan ayah doakanlah untuk adik sepanjang adik sedang menjawab soalan peperiksaan.” Balasku.
         
      “Insyaallah, mak dan ayah akan doakan.” Jawab mak dan ayahku sambil tersenyum. Aku pun bersalam dengan mereka dan mencium pipi mereka.
         
       Tiba sahaja aku di sekolah, aku terus memasuki dewan peperiksaan dengan penuh tenang dan membaca basmalah serta memberi salam. Selepas itu, aku menjawab kesemua soalan yang diajukan di dalam kertas soalan dengan baik dan tenang.
         “Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menjawab semua soalan dengan penuh berkeyakinan. Terima kasih ya Allah.” Bisikku kepada Allah.
     
************
       Sedar atau tidak, masa begitu pantas berlalu. Akhirnya aku berjaya menamatkan peperiksaan SPM yang hampir sebulan berlangsung.
        
       Sebagai mengisi kelapangan selepas peperiksaan dan sambil menunggu keputusan SPM. Aku membuat keputusan untuk bekerja sambilan di pusat membeli belah yang terletak agak jauh dari rumahku. Hasil pendapatan yang aku perolehi, akanku simpan untuk memasuki kelas memandu. Setiap pagi, aku berpakaian uniform lengkap pergi bekerja dengan membonceng motosikal bersama temanku yang juga bekerja di tempat yang sama. Setelah cukup wang untuk belajar memandu, aku berhenti bekerja dan pergi ke kelas memandu bagi mendapatkan lesen memandu.
             Tiga bulan berlalu, nampaknya hari yang ditunggu- tunggu sudah pun tiba. Pada hari inilah aku akan mengetahui keputusan peperiksaan SPM. Aku dan ibu bapaku berjalan kaki ke sekolah untuk mendengar keputusan SPM yang bakal diumumkan. Hatiku sangat berdebar- debar pada saat menunggu namaku dipanggil. Tetapi bibirku tidak lekang untuk berdoa kepada Allah. Ibuku turut mendoakan aku supaya mendapat keputusan yang cemerlang.
         Beberapa minit kemudian, seorang guru lelaki yang berkemeja dan bertali leher segak bergaya menyampaikan keputusan SPM dan beliau menyebut namaku.
           “Nur Shamimi Binti Ariffin, 12 A tambah.”  
Terkejut sekali apabila mendengar ungkapan yang begitu berharga itu. Aku mengangkat kaki melangkah ke hadapan untuk mengambil slip keputusan itu. Guru- guruku yang berada di situ melontarkan ucapan syabas dan tahniah kepadaku. Aku kemudian bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada mereka atas ilmu yang telah mereka curahkan kepadaku selama ini.

       Selesai sahaja mengambil slip itu, kelopak mataku terus berlinangan air mata dan disertai olah tangisan ibuku.
       
        “Adik, mak sangat bangga dan gembira dengan kejayaanmu ini. Ibu tahu dan yakin yang adik boleh buat kerana adik anak yang bijak dan rajin.” Jawab ibuku sambil menitiskan air mata.
     
      “Tidak mak, kejayaan ini tidak akan adik capai tanpa sokongan, dorongan, perhatian dan doa daripada mak dan ayah. Terima kasih mak, ayah. Adik sangat bersyukur kerana mempunyai mak dan ayah yang sangat baik sekali.” Hamburku.
    
      “Tak apa nak.” Jawab ayahku sambil mengusap belakangku.
Aku pulang ke rumah dengan hati yang cukup gembira dan lega.
**************
      Setelah mendapat keputusan SPM, aku pula sibuk memikirkan tentang universiti ataupun kolej untukku melanjutkan pelajaran. Kelam- kabut aku dan rakan- rakanku mengisi borang untuk memohon mana- mana universiti dan Institut Pengajian Tinggi.
      Setelah lama menunggu keputusan daripada pihak universiti, akhirnya aku mendapat tawaran untuk ke University Of Oxford di London. Aku amat bersyukur sekali kerana mendapat universiti yang cenderung ke arah perubatan dan kedoktoran kerana aku ingin menjadi seorang doktor pakar bedah. Apatah lagi, universiti ini terletak di luar negara dan ia merupakan negara idamanku.
        Walaubagaimanapun, ibu bapaku tidak bersetuju dengan pilihan aku untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana aku seorang anak tunggal jadi mereka terlalu menyayangi aku. Oleh itu, mereka tidak mahu melepaskan tangan ke tempat orang dengan mudah. Mereka hanya ingin aku melanjutkan pelajaran ke negeri- negeri di dalam Malaysia sahaja kerana senang untuk pulang ketika cuti semester. Walaupun begitu, aku tetap dengan keputusanku untuk ke luar negara kerana itu merupakan impianku sejak di bangku sekolah rendah lagi.
      Setelah ibu dan bapaku berfikir panjang, akhirnya mereka bersetuju dan membenarkan aku untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mereka terdetik hati, mungkin ini yang terbaik untuk aku dan mereka sendiri.
*************
        Tidak lama kemudian, aku mempersiapkan diri untuk melapor diri di University Of Oxford, London. Aku menggalas beg yang besar dan menggenggam tangkai beg usang disisiku. Aku melangkah masuk ke dalam kereta bersama mak dan ayahku untuk menghantarku ke lapangan terbang.
       Sampai sahaja kami di sana, mak dan ayah tidak putus- putus memberi pesanan kepdaku.
    
       “Jaga diri baik- baik ya dik,” Pesan ibuku dengan suara yang terputus- putus.
     
       “Pandai- pandailah adik jaga diri kat tempat orang tu,” giliran ayahku pula mengingatkan aku.
     
       “Baik mak, ayah, segala pesan mak dan ayah akan adik ingat sampai bila- bila.” Hamburku.

       Nampaknya kapal terbang yang akan aku naiki sudah pun tiba. Aku bersalaman dan mencium mereka sebanyak yang mungkin sambil menitiskan air mata. Ibuku juga terlalu sebak sehinggakan mengalir air mata. Manakan tidak sebak melihat anak tunggalnya yang tidak pernah berenggang dengannya sebelum ini dan sekarang ingin belajar ke luar negara.
        “Jangan risau mak, sampai sahaja adik di sana, terus adik akan menelefon mak. Adik janji akan menelefon setiap hari kat mak dan ayah agar dapat menghilangkan rindu di hati.” Bicaraku untuk menenangkan ibuku.
         “Baiklah dik.” Ujar ibuku dengan tangisan yang tidak berhenti- henti. Seterusnya, aku memasuki ke dalam perut kapal terbang dan melambai- lambai ke arah mak dan ayahku.


***********

        Tahun ke tahun begitu cepat berlalu, aku kini sudahpun bekerja di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur. Setiap bulan, aku akan memasukkan ribuan wang ke dalam akaun ibuku untuk perbelanjaan seharian mak dan ayah. Ini juga sebagai tanda untuk membalas jasa mereka.

     Ibu dan bapaku juga sedar inilah balasan kepada mereka yang telah membenarkan aku untuk belajar di luar negara. Kini, kehidupan ibu dan bapaku bertambah bahagia dan senang.









           

1 comment :