SEMUANYA
SUDAH TERLAMBAT
Mata
yang kian berkaca, seperti jernihnya titisan hujan yang turun di senja itu,
garisan putih di atas jalan raya semakin pudar. Aku perlu berhenti, aku harus
berhenti. Em, lega rasanya. Dunia seakan aman seketika bila deruman enjin
motosikalku berhenti. Aku tadahkan wajahku ke ufuk barat, merenung lembayung
senja seolah-olah itu senja terakhirku. Dalam hatiku, jiwaku, mindaku, tak
berhenti-henti memberontak, membentak, menjerit. Amarah yang tidak terbendung,
juga tidak terluah. Siapa harus ku salahkan? Takdir? Allah? Nauzubillah.
Semenjak mak dan ayah pergi menemui
Allah, sepi rasanya hidup ini. Ah... aku tetap akan teruskan hidup ini. “Faz,
abang dah balik ini”, ujar ku. “Abang......”, Fazrael terus menundukkan
kepalanya. “Apasal ni? Apa yang dah berlaku?” tanyaku ingin mendapatkan
kebenaran. “Faz jumpa loan shark, Faz pinjam dengan dia 2000 ribu lepas
tu.........” “Gila ke! Nak mampus ke pinjam ngan loan shark tu. Sapa nak bayar
2000 ribu. Mana ada duit banyak tu!” jerkah aku pada Fazrael. Aku menampar
wajah Fazrael. Fazrael terdiam. Memang sudah banyak kali dia ditampar dan
dimarahi oleh aku. Semuanya kerana dia terlibat dengan kegiatan yang tidak elok
iaitu gangster. “Kenapa kau ni, Fazrael?! Dah tak de orang lain lagi ke kau nak
pinjam duit?! Yang kau pinjam dengan loan shark tu kenapa?!” jeritku sambil
menggoncangkan tubuh Fazrael. “Bang, Faz dah terdesak…” Fazrael tunduk.
“Kau…selesai sendiri!!” aku terus beredar dari situ. Kalau ditunggu lagi, aku
pasti akan membelasah sendiri Fazrael yang degil itu. Belajar malas, buat kerja
gila. Aku dahlah penat kerja cari duit untuk dia. Fazrael terduduk. Tiba-tiba,
telefon rumahku berdering. Fazrael telan liur. Sekarang, dia memang takut kalau
bunyi telefon. Takut kalau pemiutang yang menelefonnya. Memang Fazrael gila!
Kenapa dia pergi pinjam dengan loan shark?! “Woi! Angkat telefon tu?!” jeritku.
“Helo?” “Hei, Fazrael!! Hutang kau RM2000 tu bila nak bayar hah?!” Sah! Memang
dia yang telefon. Lutut Fazrael menggigil. Dia terduduk. Peluh memercik di
dahi. Fazrael menguakkan rambutnya. “Hoi pekak! Duit aku RM2000 tu bila nak
bayar? Kau nak mampus ke hah?!” tengking lelaki itu lagi. “Taiko, berilah saya
masa dua hari lagi. Tolonglah. Saya janji saya akan cari duit untuk bayar…”
“Kau memang banyak alasan! Esok aku nak duit aku! Kalau tak kau mampus!” KLIK!
”Alamak, mampus aku kali ni” Fazrael tunduk. “Tidak! Apa yang perlu aku buat?”
Fazrael menangis. Aku hanya merenung kosong ke arah Fazrael. Nahas tak diundang
dia yang cari. Menyusahkan orang. Baik aku masuk bilik tidur.
Aku merenung ke siling. Siapa yang patut
dipersalahkan. Aku ke? Aku yang tak latih dia sampai jadi macam ni. Macam mana
nie esok loan shark tu datang.
Aku
menunggang motosikal beredar dari workshop. Letih juga jadi mekanik ni.
Setibanya aku di hadapan rumahku, aku ternampak sebuah kereta Porche merah park
kat depan rumahku. Aku terus bergegas masuk ke rumah.”Abang!!!!” satu suara
yang sudah biasa kudengari tetapi kali ni dengan nada cemas. . Dua orang lelaki
sedang membelasah Fazrael dengan teruk sekali. Boleh dikatakan seramai 10 orang
lelaki di situ. “Jangan! Jangan pukul adik aku lagi!” Fazu memeluk Fazrael yang
berlumuran darah. “Tolonglah, dia masih belajar…” “Kau siapa?” tanya seorang
lelaki yang berwajah serius. Fazu mengerling ke arahnya. Wajah lelaki yang
serius tadi bertukar. “Aku kakak dia!” “Kak, Faz mintak maaf…” Fazrael terbatuk
kecil. Fazu hanya merenung wajah adiknya. Lelaki tadi mengarahkan
konco-konconya agar tidak berbuat apa-apa. Dia mendekati Fazu dan duduk
berhadapan dengan Fazu. “Kau tahu tak adik kau berhutang dengan aku sebanyak
RM2000?!” “Aku tahu.” “Inilah padah dia kalau dia tak boleh bayar. Jangan
pinjam kalau tak reti bayar!” kata lelaki itu. “Kau bagi masa sebulan lagi.
Nanti dia bayar.” Pinta Fazu. Lelaki itu diam. Dia menatap wajah Fazu yang ayu
itu. “Seminggu.” “Dua minggu?” pinta Fazu lagi. “Tak boleh. Dia dah lama
berhutang dengan aku!” Fazu tunduk memandang adiknya. Fazrael memejam mata. Apa
harus aku buat? Seminggu? Mana aku nak cari duit tu? Aku sendiri pun tak de
duit. “Seminggu kemudian aku akan datang balik. Geng!” Lelaki itu terus beredar
meninggalkan Fazu dan adiknya. “Seminggu…”
“Kak,
Fazrael mintak maaf kak.” “Kau diamlah! Aku dah bosan hidup macam ni. Asyik
risaukan kau aja. Diri aku ni sapa pulak nak risau?!” Fazu menutup TV. “Kau
tahu tak, hari ni diorang nak datang! Mana aku ada RM2000?!” “Kak…” Fazrael
tunduk. Hati Fazu berdebar-debar apabila terdengar bunyi deruman kereta.
Diorang dah datang! Fazu menjenguk melalui tingkap. Eh? Cuma ada kereta
Porsche. “Porsche sapa pulak ni..” Fazrael telan air liur. Fazrael membuka
pintu rumahnya. Dia tidak berani untuk mendekati kereta itu. Tidak berapa lama
kemudian, seorang lelaki keluar dari kereta itu. Lelaki itu berjalan masuk ke
dalam rumah Fazreal dan berdiri betul-betul di hadapan Fazrael. "Mana Duit
aku?" tanya lelaki itu. "Hari itu kau janji sebulankan?" Fazrael
cuba menghelah. "kau jangan ingat aku ni bodoh"jawab lelaki itu. kau
ingat aku ni budak-budak kecik yang kau senang-senang nak tipu"jawab
lelaki itu lagi. aku betul-betul buntu dengan apa yang terjadi sekarang.
"tolong beri kami masa lagi sebulan,buat masa sekarang ni ini saja yang
aku ada" "baik,aku bagi kau masa lagi dan selama sebulan tu bunga
akan naik,macam mana setuju" "dan kalau dalam masa sebulan kaw masih
tak mampu nak jelaskan hutang kau termasuk dengan bunganya sekali kaw akan aku
BUNUH paham"jawab leleki itu. aku tak tahu kemana aku mahu mencari duit
yang banyak dalam tempoh sebulan.fikiran aku betul-betul buntu.siang malam aku
bekerja keras dan sanggup mengikat perut semata-mata untuk membayar hutang
tersebut,selain itu aku memohon pinjaman dari bank.setiap hari aku pergi ke
bank untuk bertanyakan tentang permohanan aku tetapi aku merasa hampa staff dibank
tersebut seperti tidak mengendahkan permohonan aku. "faz kakak mahu kau
pergi jauh dari sini,kakak masih belum dapat mengumpul duit tu,kau lari la
sejauh mana yang boleh"kataku pada suatu petang "tapi macam mana
dengan kakak,faz takkan tinggalkan kakak faz da banyak menyusahkan
kakak"jawab faz "pasal kakak faz tak payah la risau,tapi lepas ni
kakak mahu faz berubah dan takkan wat hal lagi,kita cuma sebatang kara
disini"kataku aku menarik nafas yg panjang sebelum meneruskanya
"kalau jadi apa-apa kakak mahu kamu hidup berdikari dan janji dengan kakak
yang kau takkan menyusahkan orang lagi"kataku lagi. "faz betul-betul
menyesal atas apa yang faz lakukan tapi semuanya dah terlambat".
Edited By : Nur Shamimi Bt Ariffin
SMK Dato' Perdana
No comments :
Post a Comment