Wikipedia

Search results

Sunday 16 August 2015

Alam sekitar hanya pinjaman


Alam sekitar hanya pinjaman

Read this...
Mahadi Mohamad menikmati keindahan sungai yang mengalir di tengah-tengah bandar seoul, yang asalnya sangat kotor dan berlumpur tetapi berjaya dipulihkan secara bersama seluruh rakyat korea Selatan.

TOKOH alam sekitar terkemuka negara yang juga Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, environmentalismeatau alam sekitar menurut Islam adalah berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan.

Menurutnya, agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasulullah, misi kerasulannya adalah menyempurnakan akhlak yang mulia.

"Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan.

"Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah," katanya.

Kata-katanya ini adalah petikan dalam kertas kerja oleh Mohamad Syafiqe Abdul Rahim dari Jabatan Syariah & Undang-Undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (2008). Ia bagi menjelaskan betapa erat dan rapatnya hubungan manusia dengan alam sekitar.

Malah menurut Mohd. Syafiqe, ada ulama yang mengatakan bahawa jasad manusia dijadikan daripada unsur yang telah bercampur melalui bahan makanan yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan (Muhammad al-Mubarak, 1973).

"Dengan ini jelaslah kepada kita betapa jelas dan kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi," katanya.

Namun fenomena ombak besar tsunami di Jepun, gempa bumi di New Zealand, kebakaran hutan di Australia, banjir dan hujan lebat di Arab Saudi dan berlakunya pelbagai lagi musibah alam sejak kebelakangan ini menimbulkan pelbagai petanda dan petunjuk.

Adakah kita benar-benar menuju ke akhir zaman yang Allah rahsiakan masa kejadiannya? Apa yang jelas, alam ini mampu berakhir hanya dengan dengan kerosakan yang diciptakan oleh manusia selaku penghuni alam ini sendiri.

Masih rendah

Kerosakan tersebut apabila bumi disifatkan sedang mengalami proses tua angkara radang kepanasan disebabkan kesan pemanasan global. Juga kesan rumah hijau (green house effect) yang berpunca daripada pelbagai kesan pencemaran alam sekitar yang berlaku di seluruh pelosok bumi.

"Bumi telah lama dirosakkan oleh kemajuan industri dan teknologi yang sangat pesat sehinggakan ibu bumi tidak lagi mampu menampung kesan dari harga kemodenan ini," kata Presiden Malaysia Go-Green Inisiative, Mahadi Mohamad.

No comments :

Post a Comment